Wednesday, December 5, 2012

Refleksi #8 : Spreadsheet


Assalamualaikum wbt

Seperti minggu lepas, kami telah diberi tugasan mengenai Engaging, Empowering and Enhancing , manakala pada minggu ini pula kami telah mendapat tugasan baru iaitu ‘ Spreadsheet’ yang perlu dihantar pada minggu ke 11. Tajuk tugasan adalah bebas yang mana ianya perlu menggunakan perisian ‘Microsoft Excel’. Kumpulan kami telah memilih tajuk ‘The effect of surface area on rate of reaction’.

Pensyarah telah menerangkan sedikit sebanyak perkara yang perlu ada dalam tugasan tersebut dan menyarankan kami untuk mencari maklumat tambahan di internet.

Selepas, taklimat tugasan selesai, kami ditugaskan lagi untuk mencari video konsep mana-mana tajuk dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 atau 5. Tugasan ini adalah tugasan individu yang mana tidak boleh ada pertindihan tajuk antara ahli kelas. Semua video dikumpulkan oleh wakil kelas di dalam 1 DVD.

No comments: