Monday, October 15, 2012

Refleksi #5 : Test 1


Assalamualaikum wbt..

Pada minggu kelima (11.10.2012) kami diberi ujian yang mana menguji tahap pemahaman kami terhadap penggunaan ICT. Antara contoh soalan ialah :

1) Etika dan penggunaan ICT

2) Objektif Sekolah Bestari

Kami di beri masa 1 jam untuk menjawap soalan tersebut.


Wednesday, October 10, 2012

Refleksi #4: Cara Masuk Video/Gambar


Refleksi #4: Cara Masuk Video/Gambar

Assalamulaikum wbt…

Pada minggu ke-4, kerja memperkemas dan menambahkan pengetahuan dalam pembikinan blog diteruskan. Pada kali ini, kami diajar bagaimana cara untuk memasukkan video atau gambar dalam ‘post’ dan juga dalam ‘sidebar’ blog. Video dan gambar boleh diupload terus dari fail dari computer atau dari internet. 
Selain itu, kita juga boleh mengubah kedudukan gambar atau video mengikut citarasa sendiri.

Pensyarah kami juga memeriksa sejauh mana perkembangan blog kami dan memberi sedikit nasihat apa yang perlu ditambah lagi bagi tujuan penambahbaikan.

Selain itu, kami juga diberitahu bahawa pada minggu ke5, kami akan menjawab soalan kuiz yang mana akan menguji sejauh mana telah kita tahu tentang ICT. Pensyarah menyuruh kami bersedia dan mencari info-info penting dalam bidang ICT. Contohnya dari segi kebaikan, keburukan dan sebagainya.

Refleksi #3:: Memperkemas dan mempercantik blog


Refleksi #3:: Memperkemas dan mempercantik blog


Assalamulaikum wbt….

Minggu ini ialah minggu ketiga dimana kami ditugaskan untuk memperkemas dan mempercantik blog kami. Antara elemen yang boleh diguna untuk mempercantik blog ialah ::

11)      Jam Digital/Analog
22)      Kalendar
33)      Lagu/Video
44)      Gambar dan sebagainya

Bahan ini boleh didapati dalam internet. Antara contoh laman yang mempunyai bahan-bahan seperti diatas ialah :

11)      widgetindex.blogspot.com
23)      adiwidget.blogspot.com
33)      animaxwidget.blogspot.com dan sebagainya

Pada minggu ini juga kita dapat melihat yang mana ada sebilangan rakan kita yang masih belum mahir dalam pembikinan blog. Sejurus itu, kita sebagai rakan perlulah membantu rakan yang mempunyai masalah.

Selain itu, kita boleh berkongsi atau mengikut perkembangan blog-blog rakan yang lain dengan menekan butang ‘follow’ yang terdapat dalam blog mereka.

Refleksi #2:: Google Drive & Blog


Refleksi #2:: Google Drive & Blog

Assalamualaikum wbt….

Refleksi Minggu ke-2…


Google Drive ialah tempat membuat, menyimpan data sehingga 5 gigabit. Google drive ini membolehkan para pengguna melayari data simpanan mereka dimana sahaja tanpa merisaukan data dalam komputer hilang akibat virus atau sebagainya.

Pada kelas minggu ini kami diajar bagaimana untuk memuat naik bahan atau data yang penting ke dalam system Google Drive. Hal ini juga penting jika kita menjadi seorang guru satu hari nanti dan kita tertinggal bahan mengajar,kita cuma perlu mengakses Google Drive dan membuka bahan yang diperlukan. Data-data yang disimpan boleh di ubah menjadi peribadi atau umum. Jika peribadi, data tersebut hanya boleh dilihat oleh pemilik data tersebut. Jika diubah menjadi umum, orang lain boleh melihat data tersebut secara terus melalui pautan data tersebut.

Kami juga diajar bagaimana untuk membuat borang ‘online’ menggunakan Google Drive. Borang ini sangat penting jika kita hendak membuat sebarang bancian dan memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat dengan hanya memberi pautan tersebut kepada respondan dan tidak perlulah pergi berjumpa orang perseorangan untuk membuat bancian. Borang ini juga boleh diubah mengikut tema dan jenis soalan dan jawapan yang kita suka.

Pada hujung waktu pembelajaran, kami hanya sempat untuk mendaftar blog bagi tujuan pembikinan e-portfolio dan segala proses memperkemas blog telah diteruskan pada minggu ketiga.

Refleksi #1 :: Pengenalan SKI 3013


Refleksi #1 : Pengenalan Kursus SKI 3013

Assalamulaikum wbt..

Pada entry kali ini saya ingin mengulas tentang apa yang saya pelajari pada minggu pertama bagi kursus ‘Information and Communication Technology’. Pensyarah bagi kursus ini ialah Puan Asmayati.
Pada minggu pertama banyak perkara baru yang dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian dan juga akan memudahkan kita jika bergelar guru suatu hari nanti

Berikut merupakan senarai perkara yang saya pelajari dari minggu pertama à

#1 ::  Pensyarah menerangkan senarai kerja kursus yang perlu dibuat sepanjang semester ini.Antaranya     ialah ‘e-portfolio’, ‘peer teaching’ , forum kumpulan dan sebagainya. Pensyarah juga ada menerangkan tentang pemberatan markah dan tarikh untuk menghantar kerja kursus tersebut.

#2 :: Kami juga telah belajar cara-cara untuk membuat akaun Gmail. Setiap orang wajib membuka akaun tersebut bagi memudahkan perjalanan kursus ini.

Pada minggu pertama juga kami telah mendapat tugasan yang pertama iaitu e-portfolio yang mana berbentuk blog dan dimulakan pada minggu kedua.

Wednesday, October 3, 2012