Wednesday, December 19, 2012

Refleksi #13 : E-portfolio and Assignment Self Evaluation

Refleksi #13 : E-portfolio and Assignment Self Evaluation

Kami diberi 4 keping borang penilaian yang mana 3 keping untuk kumpulan dan 1 keping lagi untuk individu. Melalui  borang ini, kami perlu menilai berapa banyak markah yang perlu di tetapkan bagi setiap assignment. Markah yang ditetapkan haruslah sejajar dengan kelengkapan dan berpatutan dengan assignment tersebut.

Bagi e-portfolio pula, melalui borang ini, kami lebih tahu apa yang perlu ada dalam blog tersebut bagi melengkapkan dan memenuhi markah semaksimum mungkin....

REFLEKSI #12

REFLEKSI MINGGU 12

Pada minggu 12, kami diwajibkan membuat ujian kedua bagi memenuhi markah kerja kursus..

Pada kali ini, ujian dilakukan secara berkumpulan iaitu seramai 2 orang dan perlu dihantar pada hari yang sama melalui Google Doc dan Myguru.

Ujian ini menguji tahap kefahaman kita sepanjang pembelajaran kursus ini...

Jawapan ujian kumpulan kami, saya telah letak di sidebar kiri,bawah segmen assignment.....

Wednesday, December 5, 2012

Refleksi #11 : Camstudio Part 2


Assalamualaikum wbt…

Pembelajaran pada minggu ini bersambung dari minggu lepas iaitu CamStudio. Pada minggu ini, pensyarah kami tiada kerana terpaksa menghadiri kursus di Melaka namun beliau tetap mewajibkan kedatangan kami ke kelas bagi meneruskan tugasan ini. Pada minggu ini juga, tugasan Spreadsheet telah dikumpulkan kepada wakil kelas.

Bagi kumpulan kami, kami telah memilih untuk membuat ‘Tutorial Windows Live Movie Maker’. Pada minggu ini kami telah mengumpulkan gambar atau animasi yang menarik untuk dijadikan video dan telah memilih lagu yang sesuai untuk menceriakan video tersebut.

Refleksi #10 : CamStudio Part 1


Assalamualaikum wbt..

Pada minggu ini, kami diperkenalkan dengan satu lagi perisian yang agak penting untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika bergelar guru kelak iaitu ‘CamStudio’. Kami memuat turun perisian ini dan mula belajar bagaimana untuk menggunakannya. Pensyarah kami menerangkan bagaimana ingin menggunakkannya. Pada pendapat saya, ianya sangat sesuai untuk pembelajaran jarak jauh dan menggunakkan internet sebagai medium pembelajaran.

Kami diberi kebebasan untuk memilih tajuk tutorial kami menggunakan CamStudio. Kami diberi masa untuk mencuba perisian tersebut.

Refleksi #9 : Cuti Hari Deepavali dan Maal Hijrah



Refleksi #8 : Spreadsheet


Assalamualaikum wbt

Seperti minggu lepas, kami telah diberi tugasan mengenai Engaging, Empowering and Enhancing , manakala pada minggu ini pula kami telah mendapat tugasan baru iaitu ‘ Spreadsheet’ yang perlu dihantar pada minggu ke 11. Tajuk tugasan adalah bebas yang mana ianya perlu menggunakan perisian ‘Microsoft Excel’. Kumpulan kami telah memilih tajuk ‘The effect of surface area on rate of reaction’.

Pensyarah telah menerangkan sedikit sebanyak perkara yang perlu ada dalam tugasan tersebut dan menyarankan kami untuk mencari maklumat tambahan di internet.

Selepas, taklimat tugasan selesai, kami ditugaskan lagi untuk mencari video konsep mana-mana tajuk dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 atau 5. Tugasan ini adalah tugasan individu yang mana tidak boleh ada pertindihan tajuk antara ahli kelas. Semua video dikumpulkan oleh wakil kelas di dalam 1 DVD.

Refleksi #7 : Cuti Hari Raya AidilAdha