Wednesday, December 5, 2012

Refleksi #11 : Camstudio Part 2


Assalamualaikum wbt…

Pembelajaran pada minggu ini bersambung dari minggu lepas iaitu CamStudio. Pada minggu ini, pensyarah kami tiada kerana terpaksa menghadiri kursus di Melaka namun beliau tetap mewajibkan kedatangan kami ke kelas bagi meneruskan tugasan ini. Pada minggu ini juga, tugasan Spreadsheet telah dikumpulkan kepada wakil kelas.

Bagi kumpulan kami, kami telah memilih untuk membuat ‘Tutorial Windows Live Movie Maker’. Pada minggu ini kami telah mengumpulkan gambar atau animasi yang menarik untuk dijadikan video dan telah memilih lagu yang sesuai untuk menceriakan video tersebut.

No comments: