Refleksi #4: Cara Masuk Video/Gambar
Assalamulaikum wbt…
Pada minggu ke-4, kerja memperkemas dan menambahkan
pengetahuan dalam pembikinan blog diteruskan. Pada kali ini, kami diajar
bagaimana cara untuk memasukkan video atau gambar dalam ‘post’ dan juga dalam ‘sidebar’
blog. Video dan gambar boleh diupload terus dari fail dari computer atau dari
internet.
Selain itu, kita juga boleh mengubah kedudukan gambar atau video
mengikut citarasa sendiri.
Pensyarah kami juga memeriksa sejauh mana perkembangan blog kami dan memberi sedikit nasihat apa yang perlu ditambah lagi bagi tujuan penambahbaikan.
Selain itu, kami juga diberitahu bahawa pada minggu ke5,
kami akan menjawab soalan kuiz yang mana akan menguji sejauh mana telah kita
tahu tentang ICT. Pensyarah menyuruh kami bersedia dan mencari info-info
penting dalam bidang ICT. Contohnya dari segi kebaikan, keburukan dan
sebagainya.


No comments:
Post a Comment