Refleksi #1 : Pengenalan Kursus SKI 3013
Assalamulaikum wbt..
Pada entry kali ini saya ingin mengulas tentang apa yang
saya pelajari pada minggu pertama bagi kursus ‘Information and Communication
Technology’. Pensyarah bagi kursus ini ialah Puan Asmayati.
Pada minggu pertama banyak perkara baru yang dapat saya
praktikkan dalam kehidupan seharian dan juga akan memudahkan kita jika bergelar
guru suatu hari nanti
Berikut merupakan senarai perkara yang saya pelajari dari
minggu pertama à
#1 :: Pensyarah menerangkan
senarai kerja kursus yang perlu dibuat sepanjang semester ini.Antaranya ialah ‘e-portfolio’, ‘peer teaching’ ,
forum kumpulan dan sebagainya. Pensyarah juga ada menerangkan tentang
pemberatan markah dan tarikh untuk menghantar kerja kursus tersebut.
#2 :: Kami juga telah belajar cara-cara untuk membuat akaun
Gmail. Setiap orang wajib membuka akaun tersebut bagi memudahkan perjalanan
kursus ini.
Pada minggu pertama juga kami telah mendapat tugasan yang
pertama iaitu e-portfolio yang mana berbentuk blog dan dimulakan pada minggu
kedua.


No comments:
Post a Comment