Wednesday, October 10, 2012

Refleksi #2:: Google Drive & Blog


Refleksi #2:: Google Drive & Blog

Assalamualaikum wbt….

Refleksi Minggu ke-2…


Google Drive ialah tempat membuat, menyimpan data sehingga 5 gigabit. Google drive ini membolehkan para pengguna melayari data simpanan mereka dimana sahaja tanpa merisaukan data dalam komputer hilang akibat virus atau sebagainya.

Pada kelas minggu ini kami diajar bagaimana untuk memuat naik bahan atau data yang penting ke dalam system Google Drive. Hal ini juga penting jika kita menjadi seorang guru satu hari nanti dan kita tertinggal bahan mengajar,kita cuma perlu mengakses Google Drive dan membuka bahan yang diperlukan. Data-data yang disimpan boleh di ubah menjadi peribadi atau umum. Jika peribadi, data tersebut hanya boleh dilihat oleh pemilik data tersebut. Jika diubah menjadi umum, orang lain boleh melihat data tersebut secara terus melalui pautan data tersebut.

Kami juga diajar bagaimana untuk membuat borang ‘online’ menggunakan Google Drive. Borang ini sangat penting jika kita hendak membuat sebarang bancian dan memudahkan kita untuk mendapatkan maklumat dengan hanya memberi pautan tersebut kepada respondan dan tidak perlulah pergi berjumpa orang perseorangan untuk membuat bancian. Borang ini juga boleh diubah mengikut tema dan jenis soalan dan jawapan yang kita suka.

Pada hujung waktu pembelajaran, kami hanya sempat untuk mendaftar blog bagi tujuan pembikinan e-portfolio dan segala proses memperkemas blog telah diteruskan pada minggu ketiga.

No comments: